Memaparkan catatan dengan label sweet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sweet. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Disember 2018

Resepi : Puding Karamel

Hi korang semua, Hari ni sepanjang hari hujan kat penang island. tapi x da lebat mana ..kadang renyai kadang gerimis hehe... apapun hujan tu rezeki dari tuhan ...menyiram bumi hijau kembali segar so dapatlah kita makluk yang bernafas bernyawa dengan udara yang bersih dan segar...selain dari aktiviti tido time hujan nie ... syam suka masak tapi xbyk yang sham boleh masak ..tapi dessert tu sham paling suka puding xkisahlah mana2 jenis puding pun asal puding... tapi speciality sham kat puding karamel kukus mula2 dulu main hentam kromo ja... main masuk xsukat langsung bahan2 dia tapi Alhamdulillah menjadi.

so sham rasa rata2 dari kita memang pernah buat puding karamel kan cuma jadi dengan tidal ja.. sham guna bahan xbanyak cukup2 untuk satu loyang periuk kukus biasa.

Bahan2 :
7 biji telur ayam
3/4 susu segar @ high calsium
2 camca besar susu pekat
esen vanila
gula kastor
sedikit air untuk karamel

mula2 masak sos karamel untuk dijadikan asas puding nanti. masak gula atas api perlahan xpyh kacau..biar sampai dia mula keperangan baru mula kacau satu arah. tambah sedikit air untuk perlahankan suhu tapi jangan sampai cair pulak yer.

untuk part puding paling senang .. korang just pecahkan semua telur kedalam berkas pastu masuk susu segar n susu pekat kacau ala kadar ja masukan 2tudung esen vanila utk menghilangkan hanyir telur.... so masuk adunan puding td atas lapisan karamel yang telah beku.

pastu kukus adunan tadi atas air medidih selama 25min-40min mengikut kepejalan yang korang suka ... bila dah siap masak biarkan sejuk dulu sejam dua baru sedap guys.

selamat mencuba respi koboi hehe