Ahad, 18 Ogos 2019

Nuffnang Oh Nuffnang. Asal Ko Nie...


Asal la iklan campaign dari nuffnang suaah sangat nak timbul and menempek kat wall blog aku nie huhu... sedih gila, kadang-kadang xtimbul terus pun ada gak. Adakah Long tersalah letak coding ads nie. Xkan lah senang ja kot bukan kena pakai formula c++ pun nak letak iklan nuffnang nie tapi kebarangkalian untuk dapat ads yang disponsor atau berbayar amatlah susah ... apalah rahsia kalau nak dapat iklan sponsor kat wall blog sihijo nie... dah lama Long xmerasa bonus dari nuffnang nie.. haiz




Ahad, 28 Julai 2019

Kari Ikan Ala Long Cham


Rasa seronok kan bila lauk yang kita nak sangat makan menjadi dengan hanya sekali cubaan memasak. Haha.. walaupun Long nie xda la pakar mana dalam memasak nie tapi minat nak masak tambah2 kalau ada orang yang cakap dia teringin nak makan apa yang kita masak lagi la bertambah semangat nak ke dapur.. tapi kena ikut budjet la jugak uols, kalo makan berdua jangan la korang masak sekawah kan kalo makan sampai habis xpa la nie terbiar basi kan membazir tue.

So, Long nak share la resepi gulai ikan temenung @ kari ikan ala Long Cham untuk korang... just share klo nak try pun boleh .


GULAI @ KARI IKAN ALA LONG CHAM

BAHAN-BAHAN:-

Bahan Tumisan:
  • 4 Sudu besar minyak masak
  • 1 Ulas bawang besar
  • 4 Ulas bawang putih
  • 1 Inci  halia
  • 4 Sekawan (Kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga)
  • 2 Tangkai daun kari
- 1 Paket kari ikan (xkisah brand apapun)
- 4 Ekor ikan temenung (siap siang and dicuci dengan air asam)
- 6 Batang kacang bendi
- 1 Kotak kecil santan (kalo yang perah tue xtau la byk mana, agak2 ja la)
- 1 Keping asam keping
- 1 Sudu besar kerisik
- Garam & sekucup rasa ikut keperluan dan selera korang

CARA-CARA MASAK

1- Tumis semua bahan-bahan tumisan tadi sehingga naik bau. 
2- Masukan rempah kari ikan. Jangan campur air biar tumis naik bau baru tambah sedikit air 
3- Bila rempah dah pecah minyak, masuk ikan dan kacang bendi. Biarkan sampai mendidih
4- Masukan santan, asam keping dan kerisik serta bahan perasa secukupnya
5- Kacau biar sebati bahan2 dalam periuk tue pastu biarkan mendidih. Dah siap untuk dimakan

Senang kan kari ala Long nie, bkn byk bahan pun semua dah ada kat dapur tue. Kalo ada yang sudi try resepi nie roger2 la apa korang rasa... selamat mencuba.