Isnin, 29 Julai 2019

Kari Ikan Ala Long Cham


Rasa seronok kan bila lauk yang kita nak sangat makan menjadi dengan hanya sekali cubaan memasak. Haha.. walaupun Long nie xda la pakar mana dalam memasak nie tapi minat nak masak tambah2 kalau ada orang yang cakap dia teringin nak makan apa yang kita masak lagi la bertambah semangat nak ke dapur.. tapi kena ikut budjet la jugak uols, kalo makan berdua jangan la korang masak sekawah kan kalo makan sampai habis xpa la nie terbiar basi kan membazir tue.

So, Long nak share la resepi gulai ikan temenung @ kari ikan ala Long Cham untuk korang... just share klo nak try pun boleh .


GULAI @ KARI IKAN ALA LONG CHAM

BAHAN-BAHAN:-

Bahan Tumisan:
  • 4 Sudu besar minyak masak
  • 1 Ulas bawang besar
  • 4 Ulas bawang putih
  • 1 Inci  halia
  • 4 Sekawan (Kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga)
  • 2 Tangkai daun kari
- 1 Paket kari ikan (xkisah brand apapun)
- 4 Ekor ikan temenung (siap siang and dicuci dengan air asam)
- 6 Batang kacang bendi
- 1 Kotak kecil santan (kalo yang perah tue xtau la byk mana, agak2 ja la)
- 1 Keping asam keping
- 1 Sudu besar kerisik
- Garam & sekucup rasa ikut keperluan dan selera korang

CARA-CARA MASAK

1- Tumis semua bahan-bahan tumisan tadi sehingga naik bau. 
2- Masukan rempah kari ikan. Jangan campur air biar tumis naik bau baru tambah sedikit air 
3- Bila rempah dah pecah minyak, masuk ikan dan kacang bendi. Biarkan sampai mendidih
4- Masukan santan, asam keping dan kerisik serta bahan perasa secukupnya
5- Kacau biar sebati bahan2 dalam periuk tue pastu biarkan mendidih. Dah siap untuk dimakan

Senang kan kari ala Long nie, bkn byk bahan pun semua dah ada kat dapur tue. Kalo ada yang sudi try resepi nie roger2 la apa korang rasa... selamat mencuba.





Jumaat, 26 Julai 2019

Telur Sebiji Dua Kuning Telur


Telur ayam, sapa yang x suka makan telur ayam kan tambah2 masak mata kerbau. Pendek kata kalo makan nasi kalo xda teluq mata nie kurang selera makan haha. Long memang feveret makan telur nie. Kalo xda lauk dapat nasi ngan telur pun sodap tambah kicap.

Tapi Subhanallah masak pecah telur ayam dalam kuali nak goreng terkejut tengok ada 2 kuning telur. Mula2 rasa was was nak makan bukan apa cuma terkejut. Tapi tue la kan benda nie semua kuasa Allah. 

Rabu, 24 Julai 2019

Deretan Kereta di Klinik Kesihatan Bayan Baru



Korang rasa kan agak2 ada apa depan Klinik Kesihatan Bayan Baru nie. Buat yang xtau Bayan Baru ni kat negeri Pulau Pinang   Lokasi dia xjauh dari bangunan Tabung Haji. Bagi korang la kan..  patut x tabiat parking dekat kalau boleh sebolehnya nak letak kereta sedekat dekat klinik yang boleh. Gambar kt atas nie ok lagi kalo nak dibandingkan deretan kereta di seberang jalan klinik tersebut.  Nak tau sebab apa? Long tunjuk ja la kat korang gambar deretan kereta yang menghalang laluan hentian bas rapid penang untuk mengambil penumpang bahkan menyusahkan penumpang yang menunggu bas rapid. Sampai kat depan bus stop pun depa nak park. Kalo driver dok ada dalam kereta xpa la jugak nie dia tingal sebiji depan tempat orang dok tunggu nak tengok bas dah mai ka belum   kalo nampak pun cuma bumbung kereta yang menghalang pandangan. 



 

Tau la nak mai klinik xpark tapi kena la pikir orang lain sama xkan sepanjang dok tunggu bas rapid tu nak kena jenguk tinggi sebab kereta halang pandangan dah la selekoh mmg silap hari bulan driver rapid x nampak yang nak naik pun xnampak dari jauh kena tunggu bas lain.


Selasa, 23 Julai 2019

Sapa AZFAR BADRUL?



Hi guys, 
lama tak update blog rindu rasanya nak menulis entri baru. Maklumlah dok keluar masuk wad sejak kebelakangan nie.. Alhamdulillah dah mula sihat, memang betul harta paling bernilai adalah badan yang sihat... kalo dah sakit apapun nak buat jadi tergendala yer ka idak..

so, untuk entri nie long nak ajak korang buka youtube then cari AZFAR Badrul kenapa? sebab... long seronok layan channel dia nie. content youtube dia nie semua untuk membantu peniaga kecil aka street food xkira la yang dh lama atau baru nak start dalam dunia niaga nie. Paling best dia borong semua barang niaga peniaga yang dia jumpa untuk di sedekahkan kepada orang yang datang ke kedai tersebut.

Long suka dengan sikap bro nie di samping menolong peniaga kecil dia juga membantu mempromosi barang niaga para peniaga yang ditemubual. Long harap lagi banyak youtuber yang ikut langkah bro Azfar nie.

semoga Allah murahkan rezeki orang2 yang ikhlas membantu orang lain. Aminn..

Rabu, 5 Jun 2019

Rendang Daging 1st Timer


Selamat hari raya Aidilfitri buat semua... semoga raya tahun nie korang dapat beraya dengan family tercinta. Aku beraya ala kadar ja sebab kesihatan x berapa sihat... family pun dah xda so mood raya pun on off ja... Tapi oleh kerana ada sorang hamba Allah nie nk sangat aku masak rendang daging walaupun x pernah try . kita main google ja resepi yang senang ikut... Alhamdulillah menjadi la jugak ... hehehe

menu sarapan pagi raya

Ahad, 2 Jun 2019

Rezeki Bulan Ramadan

Bulan Ramadan tahun nie penuh dengan pengalaman pahit manis buat aku. Banyak benda jadi mungkin Allah nak uji and nak aku ingat dia.. Alhamdulillah manusia mana yang tak lalai kan janji kita sentiasa ingat setiap perbuatan kita Allah perhatikan. So korang sihat? persiapan raya macamana? aku x buat apa2 sebab sibuk ulang alik hospital ja... silap2  nanti beraya di wad..hahaa

Nie masa berbuka kat  Masjid Sg Batu, Teluk Kumbar, Penang.


Sepanjang bulan puasa nie aku rasa tenang skit. cuma bila hujan ka sejuk dada pedih skit. Sepanjang berpuasa nie aku seronok berbuka di masjid, ramai jemaah berbuka skali. menu berbuka pun bukan biasa2  ada hari briyani kambing.. cuma yang xbest nya berbuka dia surau Hospital Pulau Pinang,  mak cik2  semua macam zombie kaut kuih muih x ingat orang belakang siap tapau lauk lg. 

kalo ada kakitangan  surau yang jaga mungkin keadaan lebih teratur. aku tgk macam Palestin berebut makanan.. dan lebih sedih lepas berbuka kurang yang berjemaah solat magrib skali di  surau.