Selasa, 23 Julai 2019

Sapa AZFAR BADRUL?



Hi guys, 
lama tak update blog rindu rasanya nak menulis entri baru. Maklumlah dok keluar masuk wad sejak kebelakangan nie.. Alhamdulillah dah mula sihat, memang betul harta paling bernilai adalah badan yang sihat... kalo dah sakit apapun nak buat jadi tergendala yer ka idak..

so, untuk entri nie long nak ajak korang buka youtube then cari AZFAR Badrul kenapa? sebab... long seronok layan channel dia nie. content youtube dia nie semua untuk membantu peniaga kecil aka street food xkira la yang dh lama atau baru nak start dalam dunia niaga nie. Paling best dia borong semua barang niaga peniaga yang dia jumpa untuk di sedekahkan kepada orang yang datang ke kedai tersebut.

Long suka dengan sikap bro nie di samping menolong peniaga kecil dia juga membantu mempromosi barang niaga para peniaga yang ditemubual. Long harap lagi banyak youtuber yang ikut langkah bro Azfar nie.

semoga Allah murahkan rezeki orang2 yang ikhlas membantu orang lain. Aminn..

Rabu, 5 Jun 2019

Rendang Daging 1st Timer


Selamat hari raya Aidilfitri buat semua... semoga raya tahun nie korang dapat beraya dengan family tercinta. Aku beraya ala kadar ja sebab kesihatan x berapa sihat... family pun dah xda so mood raya pun on off ja... Tapi oleh kerana ada sorang hamba Allah nie nk sangat aku masak rendang daging walaupun x pernah try . kita main google ja resepi yang senang ikut... Alhamdulillah menjadi la jugak ... hehehe

menu sarapan pagi raya