15 fakta mengejutkan tentang hama yang mungkin anda tidak tahu
Mesti kita ingat kan dulu masa kita kecil, mak atau ayah kita selalu jemur tilam kat luar masa tengahari panas. Bila petang diorang akan ketuk-ketuk tilam tu banyak kali. Mesti kita akan nampak habuk yang berterbangan kan. Tapi tahu ke tak kita apa sebenarnya logiknya bila buat macam tu. Di bawah ini adalah 15 fakta mengenai hama yang mungkin kita tidak tahu.
1. Apa itu hama dan dari mana ia berasal?
Hama adalah sejenis makhluk kecil yang hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop. Kebiasaannya mereka memakan sel-sel kulit mati, haiwan peliharan dan barang-barang yang berhabuk. Hama wujud hampir di mana-mana dan hampir mustahil untuk tahu dari mana hama datang.
2. Adakah hama boleh nampak dengan mata kasar?
Jawapannya tidak! Hama hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop kerana saiznya sekitar 0.2-0.3 milimeter sahaja. Wau! Kecil betul.
3. Adakah hama boleh terbang?
Hama adalah sejenis binatang yang sama jenis seperti labah-labah. Ia mempunyai 8 kaki dan TIADA sayap. Jadi, TIDAK! Hama tidak boleh terbang. Fuhh! Lega!
4. Ada berapa ekor hama yang biasanya mendiami sebuah tilam di rumah kita?
Purata hama yang mendiami sesebuah tilam ada sekitar 100,000 hingga sejuta ekor. Bergantung pada berapa lama kita dah guna tilam tersebut. What!?? Haha Rupanya kita bukan berkongsi rumah dengan makhluk ghaib saja tapi dengan juga makhluk halus ini juga. Menakutkan!
Sumber: Wikipedia
5.Adakah hama menggigit dan menghisap darah?
Hama tidak menggigit. Walaupun ada klaim yang mengatakan bahawa dia digigit sebab ada bintik-bintik merah. Sebenarnya itu adalah pepijat. Bukan hama, kerana hama tidak menggigit.
6. Beza hama dan pepijat (Bed bugs)
Beza hama & bed bugs ialah makanannya. Hama makan sel kulit mati, bulu binatang dan barang barang yang berhabuk. Sementara bed bug pula memakan darah. Vampiress! Hehe.
Selain itu, bed bug adalah sejenis yang menggigit manakala hama tidak. Walau bagaimanapun, hama ini agak berbahaya untuk mereka yang allergi kerana boleh menyebabkan asthma dan tahinya boleh menyebabkan gatal2.
7. Apa nak buat jika anda allergik kepada hama?
Satu-satunya cara nak tahu anda allergik pada hama atau tidak adalah melalui ujian kulit secara klinikal.
Jika anda seorang yang allergik kepada hama, anda disarankan untuk mengurangkan hama di rumah.
Caranya adalah dengan mencuci barangan anda secara berkala seperti vakum dan basuh menggunakan teknik cucian yang betul. Selain itu, anda boleh memakai bantal yang jenis ‘hypoallergenic’ dan juga memakai sarung tilam.
8. Boleh ke hama ini menyebabkan gatal-gatal?
Boleh! Hama boleh menyebabkan ruam jika anda seorang yang allergik.
9. Boleh ke Hama tinggal di dalam rambut kita?
Jawapannya tidak. Tetapi, ada benda lain yang boleh tinggal di rambut anda iaitu kutu! Haha. Syampu rambut tu woi.
10. Hama ni boleh buat kita gatal ke?
Boleh! Kebanyakan simptom yang terjadi akibat hama adalah seperti masalah pernafasan, gatal hidung atau mata.
11. Adakah hama berbahaya?
Hama berbahaya hanya pada mereka yang mempunyai asthma dan mereka yang ada allergik kepada hama.
12. Apakah kesan yang diberikan oleh hama?
Hidung berair, gatal mata, sesak dada, susah bernafas, bersin, batuk dan gatal kulit.
Sumber: Google
13. Adakah hama boleh menyebabkan asma?
Boleh! Ini menurut Asthma and Allergy Foundation of America (AAFA). Pendedahan terlalu lama kepada hama boleh menyebabkan asthma.
Enzyme(najis) yang dihasilkan oleh hama boleh menyebabkan gatal-gatal pada manusia dan juga haiwan peliharaan. Menurut Asthma and Allergy Foundation of America (AAFA)lebih dari 20 juta orang di US terkena allergi dan ekzema adalah kerana terdedah kepada hama.
14. Boleh ke hama sebabkan ekzema?
Boleh. Hama mampu menyebabkan ekzima terhadap tubuh badan. Selain itu penyakit seperti Atopic dematitis dan contact dermatitis juga berkait rapat dengan hama.
Cucian secara berkala mampu mengurangkan hama dan serta merta dapat mengurangkan peluang untuk terkena ekszema dan asthma.
15. Di mana biasanya terdapat hama?
Tilam dan barang-barangan rumah seperti sofa, langsir adalah tempat yang selalu mereka duduk kerana biasanya manusia menghasilkan lebih dari 1,000,000 (satu juta) sel-sel kulit mati sehari.
Sumber: http://www.staampallergy.com
Kesimpulannya pendedahan bertahun-tahun kepada hama terbukti akan memberi kesan kepada kesihatan isi rumah. Bayangkan jika di dalam rumah kita tidak dijaga.