Isnin, 29 Julai 2019

Kari Ikan Ala Long Cham


Rasa seronok kan bila lauk yang kita nak sangat makan menjadi dengan hanya sekali cubaan memasak. Haha.. walaupun Long nie xda la pakar mana dalam memasak nie tapi minat nak masak tambah2 kalau ada orang yang cakap dia teringin nak makan apa yang kita masak lagi la bertambah semangat nak ke dapur.. tapi kena ikut budjet la jugak uols, kalo makan berdua jangan la korang masak sekawah kan kalo makan sampai habis xpa la nie terbiar basi kan membazir tue.

So, Long nak share la resepi gulai ikan temenung @ kari ikan ala Long Cham untuk korang... just share klo nak try pun boleh .


GULAI @ KARI IKAN ALA LONG CHAM

BAHAN-BAHAN:-

Bahan Tumisan:
  • 4 Sudu besar minyak masak
  • 1 Ulas bawang besar
  • 4 Ulas bawang putih
  • 1 Inci  halia
  • 4 Sekawan (Kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga)
  • 2 Tangkai daun kari
- 1 Paket kari ikan (xkisah brand apapun)
- 4 Ekor ikan temenung (siap siang and dicuci dengan air asam)
- 6 Batang kacang bendi
- 1 Kotak kecil santan (kalo yang perah tue xtau la byk mana, agak2 ja la)
- 1 Keping asam keping
- 1 Sudu besar kerisik
- Garam & sekucup rasa ikut keperluan dan selera korang

CARA-CARA MASAK

1- Tumis semua bahan-bahan tumisan tadi sehingga naik bau. 
2- Masukan rempah kari ikan. Jangan campur air biar tumis naik bau baru tambah sedikit air 
3- Bila rempah dah pecah minyak, masuk ikan dan kacang bendi. Biarkan sampai mendidih
4- Masukan santan, asam keping dan kerisik serta bahan perasa secukupnya
5- Kacau biar sebati bahan2 dalam periuk tue pastu biarkan mendidih. Dah siap untuk dimakan

Senang kan kari ala Long nie, bkn byk bahan pun semua dah ada kat dapur tue. Kalo ada yang sudi try resepi nie roger2 la apa korang rasa... selamat mencuba.





Jumaat, 26 Julai 2019

Telur Sebiji Dua Kuning Telur


Telur ayam, sapa yang x suka makan telur ayam kan tambah2 masak mata kerbau. Pendek kata kalo makan nasi kalo xda teluq mata nie kurang selera makan haha. Long memang feveret makan telur nie. Kalo xda lauk dapat nasi ngan telur pun sodap tambah kicap.

Tapi Subhanallah masak pecah telur ayam dalam kuali nak goreng terkejut tengok ada 2 kuning telur. Mula2 rasa was was nak makan bukan apa cuma terkejut. Tapi tue la kan benda nie semua kuasa Allah. 

Rabu, 24 Julai 2019

Deretan Kereta di Klinik Kesihatan Bayan Baru



Korang rasa kan agak2 ada apa depan Klinik Kesihatan Bayan Baru nie. Buat yang xtau Bayan Baru ni kat negeri Pulau Pinang   Lokasi dia xjauh dari bangunan Tabung Haji. Bagi korang la kan..  patut x tabiat parking dekat kalau boleh sebolehnya nak letak kereta sedekat dekat klinik yang boleh. Gambar kt atas nie ok lagi kalo nak dibandingkan deretan kereta di seberang jalan klinik tersebut.  Nak tau sebab apa? Long tunjuk ja la kat korang gambar deretan kereta yang menghalang laluan hentian bas rapid penang untuk mengambil penumpang bahkan menyusahkan penumpang yang menunggu bas rapid. Sampai kat depan bus stop pun depa nak park. Kalo driver dok ada dalam kereta xpa la jugak nie dia tingal sebiji depan tempat orang dok tunggu nak tengok bas dah mai ka belum   kalo nampak pun cuma bumbung kereta yang menghalang pandangan. 



 

Tau la nak mai klinik xpark tapi kena la pikir orang lain sama xkan sepanjang dok tunggu bas rapid tu nak kena jenguk tinggi sebab kereta halang pandangan dah la selekoh mmg silap hari bulan driver rapid x nampak yang nak naik pun xnampak dari jauh kena tunggu bas lain.