Khamis, 30 Ogos 2018

Cheezi Si Kucing Penagih Kental Keju


Pagi2 bangun tak da kerja nak buat ... belek2 la dashboard blogger nie... update ngan repair SEO ngan trafik google... tengah2 khusyuk bekerja depan cik lappy nie masuk la si tenuk sekor nie ... meow meow... lapar gamak nya kan. Minta breakfast la tue.



Ni la tenuk yang nama si Cheezi familia baru SM. Dia ni perangai rare skit , klo nak tau dia ni sweet tooth. Kalau bagi menda manis cepat ja dia datang dah macam semut dah . Ni cerita pagi tadi , dari mana ntah dia dapat cheese ni pun tak tau la, sedar2 tengok kemain khusyuk menjilat kepingan keju . Nasib la diam dah ada keju kat depan muka hahaha... 


Jom follow cheezi kat IG

Selasa, 28 Ogos 2018

JOM JOIN CONTEST SALAM MERDEKA RONALDMOHONI.COM

Ronaldmohoni.com Salam Merdeka 2018 Giveaway

http://www.ronaldmohoni.com/2018/08/ronaldmohonicom-salam-merdeka-2018.html

Jom kengkawan ... Sape-sape yang belom join, meh ler meramaikan dan memeriahkan suasana ... Klik banner kat atas jika berminat untuk turut serta ...

Tarikh Tamat :
9 September 2018

Hadiah :
1. RM 10 untuk seorang pemenang
2. RM 5 untuk 8 pemenang

Familia Baru Kami


Bila 3beradik tdo dalam barisan

Cheezy posing maut tepi tangga


Hah lama x update blog... semua sebab jerebu ni makin teruk plak tekak ni asyik batuk2 pastu rasa kahak pekat ja susah gila nak buang.. time demam ni la paling xsuka bila tekak berkahak.. rasa xselesa gila ... guna gula2 mcm xda efek apapun ..ubat batuk pun setakat lega 5min pastu uhuk uhuk balik. Boleh luka dalam tekak. Macamana la para atlet kat Indonesia sana tu ... bersukan dalam cuaca jerebu .. SM nasib baik hujan 2-3hari lepas kalo tak nak ja buat hatemail kan.  Harap2 cepat2 la jerebu ni berlalu pergi badan dan lemau nak buat aktiviti pun malas. Korang klo ada tips nak buang kahak sharing2 la ngn kita k.

Khamis, 16 Ogos 2018

Jerebu Indonesia Melanda Malaysia


Selepas kejadian jerebu teruk yang pernah memyerang Malaysia pada tahun 2016 kini kita dilanda sekali lagi keadaan yang sama #terimakasih jiran. Akibat dari pembakaran yang tak terkawal oleh pihak negara Indonesia, asap pembakaran kini melanda kawasan timur Malaysia. SM sekarang pun terasa kesan dari jerebu, tekak terasa gatal2 dan batuk2 bila malam makin teruk batuk. Badan pun terasa gatal mungkin disebabkan dari kandungan udara tak bersih. SM nasihatkan banyak minum air kosong dan kurangkan aktiviti di luar rumah bagi mengelakan hal2 kurang sihat. Yang merokok tu kurang2kan la buat masa sekarang yer. Apapun harap2 hujan akan turun la dapat la kurang kan pencemaran.



Isnin, 13 Ogos 2018

Hari Kidal Sedunia

Image result for hari kidal

SM kidal ! Anda ? haha sapa cakap strange is abnormal well now its "NORMAL TO BE ABNORMAL" kan.. slogan hidup sekarang kalau dulu hidup kena nak pikir orang keliling sebelum nak buat apa2 pun sebab kita hidup berbilang kaum dan agama, selagi tak mendatangkan mudarat bahaya silakan tapi berpada-pada.

 Tapi kidal is you born with that homies... hehe SM ingat lagi time pi kem sekolah dulu masa ice-breaking ada satu misi semua kena cari and minta pelajar kidal autograf buku kem diorang. Masa tu ada kot dalam 3-4 orang termasuk SM yang kidal. Terasa macam retis semua berebut nak autograf haha... igt nak nyamar tapi kantoi sebab fasi tegur depan orang ramai, cis.  well to the left handed people, Selamat Hari Kidal semua... kita special ok jangan rasa serba kurang, Allah dah jadikan kita manusia ada kelebihan and keburukan masing2. kalo hidup sama ja boleh stress o sebab takda diversi atau kepelbagaian kan.

Ahad, 12 Ogos 2018

GOOGLE ADSENSE KINI DI SIHIJO

Image result for adsense



Setelah bertungku lumus apply app google adsense untuk blog sihijo, akhornya berbuah juga usaha. Kalau ikutkan hati mau ja buat bodo dengan adsense sebab nak apply satu hal nak tunggu kelulusan dari google pun satu hal silap2 kena reject ooo... SM dah 2kali kena reject dengan adsense xtau sebab apa... mula2 boleh pakai lepas tu google sent email bg tau kena block so tinggal la cik nuffnang bekerja sorang2 kat blog SM sebab adsense dah kena block. Sedih kot dalam account dah ada bait2 usd walaupun x banyak tapi sedih la baru nak merasa hasil dari google adsense.  Korang boleh apply adsense kat googlestore atau play store untuk kegunaan handphone.


Image result for adsense

P/S: adsense boleh gak dipasang pada app youtube. Sambil online sam
bil buat duit.

Ahad, 5 Ogos 2018

Hama dan 15 Fakta Keburukanya



15 fakta mengejutkan tentang hama yang mungkin anda tidak tahu

Mesti kita ingat kan dulu masa kita kecil, mak atau ayah kita selalu jemur tilam kat luar masa tengahari panas. Bila petang diorang akan ketuk-ketuk tilam tu banyak kali. Mesti kita akan nampak habuk yang berterbangan kan. Tapi tahu ke tak kita apa sebenarnya logiknya bila buat macam tu. Di bawah ini adalah 15 fakta mengenai hama yang mungkin kita tidak tahu.
1. Apa itu hama dan dari mana ia berasal?
Hama adalah sejenis makhluk kecil yang hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop. Kebiasaannya mereka memakan sel-sel kulit mati, haiwan peliharan dan barang-barang yang berhabuk. Hama wujud hampir di mana-mana dan hampir mustahil untuk tahu dari mana hama datang.
2. Adakah hama boleh nampak dengan mata kasar?
Jawapannya tidak! Hama hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop kerana saiznya sekitar 0.2-0.3 milimeter sahaja. Wau! Kecil betul.
3. Adakah hama boleh terbang?
Hama adalah sejenis binatang yang sama jenis seperti labah-labah. Ia mempunyai 8 kaki dan TIADA sayap. Jadi, TIDAK! Hama tidak boleh terbang. Fuhh! Lega!
4. Ada berapa ekor hama yang biasanya mendiami sebuah tilam di rumah kita?
Purata hama yang mendiami sesebuah tilam ada sekitar 100,000 hingga sejuta ekor. Bergantung pada berapa lama kita dah guna tilam tersebut. What!?? Haha Rupanya kita bukan berkongsi rumah dengan makhluk ghaib saja tapi dengan juga makhluk halus ini juga. Menakutkan!
Sumber: Wikipedia
5.Adakah hama menggigit dan menghisap darah?
Hama tidak menggigit. Walaupun ada klaim yang mengatakan bahawa dia digigit sebab ada bintik-bintik merah. Sebenarnya itu adalah pepijat. Bukan hama, kerana hama tidak menggigit.
6. Beza hama dan pepijat (Bed bugs)
Beza hama & bed bugs ialah makanannya. Hama makan sel kulit mati, bulu binatang dan barang barang yang berhabuk. Sementara bed bug pula memakan darah. Vampiress! Hehe.
Selain itu, bed bug adalah sejenis yang menggigit manakala hama tidak. Walau bagaimanapun, hama ini agak berbahaya untuk mereka yang allergi kerana boleh menyebabkan asthma dan tahinya boleh menyebabkan gatal2.
7. Apa nak buat jika anda allergik kepada hama?
Satu-satunya cara nak tahu anda allergik pada hama atau tidak adalah melalui ujian kulit secara klinikal.
Jika anda seorang yang allergik kepada hama, anda disarankan untuk mengurangkan hama di rumah.
Caranya adalah dengan mencuci barangan anda secara berkala seperti vakum dan basuh menggunakan teknik cucian yang betul. Selain itu, anda boleh memakai bantal yang jenis ‘hypoallergenic’ dan juga memakai sarung tilam.
8. Boleh ke hama ini menyebabkan gatal-gatal?
Boleh! Hama boleh menyebabkan ruam jika anda seorang yang allergik.
9. Boleh ke Hama tinggal di dalam rambut kita?
Jawapannya tidak. Tetapi, ada benda lain yang boleh tinggal di rambut anda iaitu kutu! Haha. Syampu rambut tu woi.
10. Hama ni boleh buat kita gatal ke?
Boleh! Kebanyakan simptom yang terjadi akibat hama adalah seperti masalah pernafasan, gatal hidung atau mata.
11. Adakah hama berbahaya?
Hama berbahaya hanya pada mereka yang mempunyai asthma dan mereka yang ada allergik kepada hama.
12. Apakah kesan yang diberikan oleh hama?
Hidung berair, gatal mata, sesak dada, susah bernafas, bersin, batuk dan gatal kulit.
Sumber: Google
13. Adakah hama boleh menyebabkan asma?
Boleh! Ini menurut Asthma and Allergy Foundation of America (AAFA). Pendedahan terlalu lama kepada hama boleh menyebabkan asthma.
Enzyme(najis) yang dihasilkan oleh hama boleh menyebabkan gatal-gatal pada manusia dan juga haiwan peliharaan. Menurut Asthma and Allergy Foundation of America (AAFA)lebih dari 20 juta orang di US terkena allergi dan ekzema adalah kerana terdedah kepada hama.
14. Boleh ke hama sebabkan ekzema?
Boleh. Hama mampu menyebabkan ekzima terhadap tubuh badan. Selain itu penyakit seperti Atopic dematitis dan contact dermatitis juga berkait rapat dengan hama.
Cucian secara berkala mampu mengurangkan hama dan serta merta dapat mengurangkan peluang untuk terkena ekszema dan asthma.
15. Di mana biasanya terdapat hama?
Tilam dan barang-barangan rumah seperti sofa, langsir adalah tempat yang selalu mereka duduk kerana biasanya manusia menghasilkan lebih dari 1,000,000 (satu juta) sel-sel kulit mati sehari.
Sumber: http://www.staampallergy.com
Kesimpulannya pendedahan bertahun-tahun kepada hama terbukti akan memberi kesan kepada kesihatan isi rumah. Bayangkan jika di dalam rumah kita tidak dijaga.